assalamualaikum... alhamdulillah... masalah aq dengan dy dah selesai pun.. sekarang nie kami dah ok seperti sediakala.. hahahha... senang cikit ati aq nie.. xlah duk serabut pikir.... huhu... aq xtau cam mna nak tulis kat cini betapa syoknya aq bila kami dah ok... ampa pun mesti tau kan cam mna asanya....? k lah, juz nk gtau yang 2 ja... salam...
Thursday, September 29, 2011
Tuesday, September 27, 2011
21/9/2011
ari nie aq gaduh lagi dengan fakhrul.. tapi xtau lah nak disifatkan gaduh or x... mungkin salah faham ja kot.. ntah lah... nie suma aq punya pasal... aq nie memang cepat moody... aq sedar yang sebenarnya dy hanya xnak ad rahsia antara kami.. tapi aq dah salah anggap kat dy... lepas dy gtau pasal 2, aq terus layan dy cam nak xnak ja... lastly, dy pun naik angin dengan aq... hmmm.. memang salah aq pun kan?? tapi aq still terkejutlah masa 2... aq dah mintak maaf dengan dy, dah msg dy tapi xdak respon dr dy... xpa lah.. mungkin dy perlukan masa... aq akan tunggu... aq harap suma akan jadi cam biasa balik... aq sayang dy... sayang sangat2...
maafkan saya
awak... saya nak mintak maaf dengan awak... saya terlalu terkejut tadi.. saya betul2 mintak maaf... mungkin awak xnak berahsia dengan saya, sebab tu awak gtau saya tentang tu tadi... saya betul2 mintak maaf... saya sayangkan awak... saya tau nie memang salah saya kan?? saya xsepatutnya buat awak cam tu tadi... kesian kat awak... maafkan saya.... tapi kalau awak perlukan masa, xpa... awak amiklah selama mana yang awak nak... mungkin tu yang lebih awak perlukan sekarang nie... bukan saya xnak msg awak tapi saya takut keadaan akan jadi lebih rumit... so, biarlah saya tulis disini... maafkan saya.....
Friday, September 23, 2011
Thursday, September 22, 2011
hari koku 2011
assalamualaikum... sorry lah malam nie baru boleh update blog nie... kelmarin xsempat lah... penat sangat sebab kelmarin skolah aq ad wat hari koku... erm, boleh tahan lah... xbanyak sangat gerai yang ad... erm, aq under gerai BSMM.. kami jual chicken pocket(ala2 kebab), koktel, nugget, air gas... erm, laku jugak lah... lepas perhimpunan, pakat p serbu kat gerai kami... pening aq melayan... hahaha... tapi aq menjual sat ja sebab kena bersiap untuk persembahan plak... penat der... persembahan kami kali nie ialah menari... ad lagu cina, tamil n english... tengok lah kat fb... best wooo... hahahah... makanan kat gerai BSMM habis awal... dalam pukul 10 cam 2... aq xsempat pun nak makan... huhu... sabar ja lah... nak wat cam mana, dah xdak rezeki... erm, kelmarin jugak banyak kes curi... nset dan laptop banyak hilang.. tapi salah tuan punya barang jugak, sapa suruh xjaga elok2... kan?? maaf lah kalau sapa2 yang terasa... erm, k lah... setakat nie dulu.. salam..=)
Tuesday, September 20, 2011
maaf
assalamualaikum... maaf lah sebab aq dah tukar blog aq nie... ntah lah.. aq nie bukan pandai sangat bab2 blog nie... suka ati aq ja buat.. huhuhu.. mungkin yang kali nie macamberserabut banyak kan??? maaf!! aq akan baikpulih semula ok... salam!!
Monday, September 19, 2011
bila hati gembira
assalamualaikum... sorry lah lama xupdatekan blog nie.. agak sibuk lah sekarang nie... hohoho.. cuti 3 hari baru nie, aq p kl.. biasalah kan?? sapa yang kenal aq 2, mesti dah xkisah kalau aq p kl.. hahaha... aq p sebab abang aq buat open house kat umah dy... aq p pagi hari jumaat.. aq p dengan ayah n mak aq dari sp... kakak aq dari johor pun p kl jugak.. kami terus berkumpul kat umah kakak aq kat bukit beruntung dulu... nak jumpa anak2 sedara aq dulu.. haikal n aleesya... rindu kat depa... hehe.. kakak aq pun ad buat makan2 jugak kat umah dy... sebab 2 kami p umah dy dulu.. abang aq buat hari sabtu... hari jumaat malam, baru kami semua p umah abang aq... dekat ja umah kakak aq dengan umah abang aq.. umah kakak aq keluar tol bukit beruntung.. umah abang aq plak keluar tol bukit tagar.. so, kalau kita dari sp, akan jumpa bukit tagar dulu, baru bukit beruntung.. ok? mlam 2, kami semua tido kat umah abang aq.. family kakak ipar aq dari penang pun p jugak.. ramai lah malam 2... hari sabtu, majlis mula pukul 3.. kami masak lontong makan dengan nasi himpit, bihun goreng, ada kuih raya.. ramai jugak yang p... sampai ke malam... malam 2 plak, aq dengan family p tido kat umah kakak aq plak except abang aq lah... aq balik sp kelmarin.. beli tiket bas pukul 4.30.. tapi bas datang pukul 5... haish... tension aq!! then, bas 2 p amik penumpang kat jalan duta plak... aiyo!! punyalah lama kat situ... last2, pukul 6.15 baru bertolak... aq sampai sp pukul 11 malam... hmmm... ingat hari nie dah xnak p skolah.. tapi rajin lah plak.. hahha... hari nie xbelajar pun kat skolah... sebab ad latihan untuk persembahan hari koku... best!! so, tunggulah hari rabu nie kalau nak tengok.. ok.. salam...
Tuesday, September 13, 2011
tak tau
assalamualaikum... ari nie ad latihan nyanyi kat skolah... aq xmsuk klas langsung.. masuk pun lepas perhimpunan coz p letak beg ja... then, turun p balai bendahara... memang kami nak wat latihan sampai rehat ja... tapi, tetiba ja pavi nak p tanya sir ramarao untuk minta izin kami nak berlatih... aq dah mula takut nak tau jawapan... dari jauh, fatini gtau yang sir xnak ajar ari nie!! wahhh!! beznya... then, semua duk berlatih lagu warisan dan nyanyikan lagumu... tetiba ja, mood aq xelok... hmmm... aq xtau aq marah kat sapa tadi coz ramai yang wat aq sakit ati.. tapi benda nie hanya aq yang tau... aq xgtau pun kat sapa2... ramai yang tegur aq tadi masa aq xdk mood... well, tq atas keprihatinan anda... kami xmasuk kelas bm! cayalah... hahaha... dengan alasan berlatih nyanyi... xsangka aq.. ingatkan cikgu nak panggil kami masuk kelas... tapi, xdk sapa pun yang datang panggil.. alhamdulillah... so, kami boleh lah berlatih.. esok kami kena wat betul2.. coz ari khamis dah nak perform... petang tadi pun kami ad wat latihan untuk lagu nyanyikan lagumu coz ad yang xtau lagu 2 cam mana.. hmm.. tapi, bukannya berlatih sangat pun, duk main ja... bez!! k lah, nak p baca novel plak... salam...
Monday, September 12, 2011
"parti liar" di smk tunku ismail
assalamualaikum... kat skolah ari nie athiyah ad wat acara potong kek sempena bezday dy ari sabtu ari 2... dy wat masa rehat.. satu kelas join tadi... bez!! meriah.. kami wat kat balai bendahara.. kek dy warna purple, beli kat fatimah bekery(tengok kotak tadi)... hehehe.. sedap jugaklah kek dy tadi... tapi sedih sebab xboleh makan banyak.. huhuhu.. dah habis makan, dy nak bagi kat cikgu2 plak... aq, tini n diyana p lah tolong dy p bagi kat cikgu2... lambat kami masuk kelas chemist tadi.. nasib baik teacher xmarah.. maybe sebab dapat kek kot... hahaha... bila masuk kelas, pakat duk amik gambar plak... bising sungguh kelas 4sc1 tadi.. kalau nak tengok gambar, tengok lah kat fb ok... salam!
Sunday, September 11, 2011
kenapa?
Saturday, September 10, 2011
open house
assalamualaikum... ari nie aq p open house kat umah athiyah... bila sampai umah dy, juz ad tini dan kak pipah ja... ingatkan aq, diyana n fatheen dh lambat... tapi still nasib baik... hehehe.. ari nie aq pakai baju yang cantik sikitlah sebab lepas umah athiyah, aq n family nak p bedong plak... kat umah athiyah, mama dy masak nasi lemak, rendang daging, bihun goreng, ayam goreng, nasi himpit.. ad kuih raya... sedap mama dy masak... dah lah pagi tadi aq xamakn apa pun.. so, p umah dy, aq makan lah.. nasi lemak aq amik sikit ja... lepas 2 plak, aq amik nasi himpit dengan rendang daging plak... sedap... then, aq makan lah jugak kuih2 raya kat umah dy... pukul 1.45, kakak aq amik aq kat umah dy coz nak kena p bedong plak... kat umah kawan ayah aq 2, dy masak nasi jugak lah dengan laksa... aq amik laksa ja lah coz dah agak kenyang... hehe.. agak pedas tapi sedap... aq ingat nak p tambah tapi dah terlalu kenyang dan takut berat bertambah... huhuhuhu... k lah, esok nak skolah... salam...
Thursday, September 8, 2011
janganlah buat orang yang mencintai kamu kecewa
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,’Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.
20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
nie telah dicopy dan dipaste dari blog seseorang...
Wednesday, September 7, 2011
beraya
assalamualaikum... ari nie fatini ajak p umah dy... dy ad wat majlis makan2... ramai jugak yang p... mak dy masak laksa johor.. sedap ooo... xprnah pun aq p beraya umah dy sebelum nie... 1st time tau... aq p umah dy tumpang diyana coz dy xtau umah tini... jiha, epi, been, fatheen n diyana kumpul kat umah aq dulu... pukul 4.45 baru kami p umah tini... bila sampai, odah ja yang ad... cian... masuk ja umah tini, terus salam dengan mak dy... mula2 aq asa cam takut ja nak salam dengan mak dy... hehehe... then, terus p dapur dy... aq serbu kuih raya dy dulu... wat muka xmalu ja... hahaha... dah makan kuih raya, barulah makan laksa johor... selang berapa minit, barulah tushi, ayu, wani dan hadirah sampai.... terus jadi bising dengan kehadiran depa... meriah!!! duk pakat makan, tiba2 diyana duk amik gambar... aiyo... time nie lah dy nak amik gambar... jenoh nak berpossing... hahaha... memang bising gila lah kami tadi... mak tini pun asyik gelak ja dengan perangai kami... then, kami lepak2 kat depan umah tini... time 2 sesi bergambar berlangsung... perghhh!! memang best lah.... hahahaha... aq balik pukul 6.20 kot asanya... hehe.. k lah, salam...
Tuesday, September 6, 2011
sekolah
assalamualaikum... ari nie baru aq p skolah.. hehe.. mata aq dah ok ckit.. bila p ja skolah, semua pakat duk tanya pasal mata aq.. adoiyai.. penat aq nak menjawab... hehe.. kelmarin baru p amik ubat mata aq nie.. 2 yang boleh p skolah.. bila masuk kelas, pakat bwak kuar kuih masing2... haish lah... aq maybe esok baru nak bawak... keja banyak yang xciap lagi.. haish... chemistry!!! sorry lah teacher coz antar lambat.. huhuhu... bm pun banyak keja jugak... nasib baik cikgu xmarah bila cikgu tengok buku yang kosong.. hahaha.. cikgu pun sakit mata cam aq..! lawak gila.... hahaha... so, ari nie aq nak wat keja aq yang tertunggak... salam...
Monday, September 5, 2011
kisah raya tahun 2011
assalamualaikum... aduh.. lama sungguh aq xupdatekan blog aq nie.. sebelum nie sempat letak gambar ja... sorry lah yer... raya tahun nie best..! dapat main mercun dan bunga api bersama sanak saudara.. hahaha... aq balik kampung malam raya lepas dengar pengumuman raya.. haha.. kami balik dengan 3 buah kereta... balik alor star ja pun... dekat ja.. pagi raya kami semua kena bangun awal! aq bangun pukul 7... time 2 pun asanya dah lambat.. ya lah kan, kena tunggu giliran nak mandi lagi.. kami kan ramai.. dalam 30 owang.. dah 2, semua pakat beratur untuk sesi mohom maaf dan dapatkan duit raya!! hahaha... then, aq dan family aq p beraya kat umah tok sebelah mak aq kat jitra... sampai dah xlarat nak makan... hari raya ke 2 xp mana pun... ayah aq suruh sepupu aq sembelih arnab yang dy bela... pakat makan arnab goreng kunyit plak.. aq xmakan coz xlalu lah nak makan.. eeeww!! malam 2 plak, sepupu aq ajak p tengok wayang cita hantu bonceng kat alor star mall.. last2, kami tengok cita cars 2 sebab hantu bonceng tiket habis.. nasib lah kan... raya ke 3, kami ad kenduri.. then, pakat p umah pakngah aq kat baling... ari jumaat rehat kat umah... sabtu p balik alor star coz ayah aq ad reunion kat skolah rendah dy dulu... then, kami p beraya sampai pukul 1.. ayah aq dah xlarat nak bawak kreta balik sp, so kami tido kat umah tok aq.. lagipun, aq sakit mata... so, xpayah lah balik.. hehehe... kelmarin, pagi2 lagi paklang aq ajak p langkawi! pergh...!! aq dengan senang bangun di awal pagi terus p mandi... hahaha.. dalam duk sakit mata, boleh lagi p jalan2 kat langkawi... semalam, tido lagi kat umah tok aq... ari nie baru balik umah... dahsyat raya aq kali nie... hehehe.. k lah, nanti aq story morry lagi eh... salam...
Thursday, September 1, 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)







